Selepas Asar Jumaat Baca Selawat Ini - Hapuskan Dosa 80 Tahun
Selawat khusus pada hari Jumaat ianya di amalkan selepas Asar, di ambil dari kitab Khulasoh Jami' al alamah al-habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. 80 kali
اَللَّÙ‡ُÙ…ّ صلِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠْدِÙ†َا Ù…ُØَÙ…َّدٍ عَبْدِÙƒَ ÙˆَرَسُولِÙƒَ النَّبِÙŠِّ الْØ£ُÙ…ِّÙŠِّ
ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ ÙˆَصَØْبِÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ْ تَسْÙ„ِÙŠْÙ…َا
Rasulullah ï·º bersabda “Sesiapa yang berselawat ke atas ku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, Allah swt akan mengampunkan dosanya sebanyak 80 tahun.
Telah ditanya; Wahai Rasulullah ï·º Bagaimanakah selawat itu? Baginda ï·º menjawab “Allah humma solli ala muhammadin abdika wa nabiyyika wa rasulikan nabiyyil ummiy”
(Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Sayidina Muhammad seorang hamba, Nabi dan utusanMu yang ummi”)
[Al-Qawl al-Badee’; Al Muassah al-Rayyan; Takhreej Al-Ihya; Dar Al-Hadith)
Selawat pada hari Jumaat, Asar petang, 80 kali boleh menghapuskan dosa.
Rasulullah ï·º juga ada bersabda yang menyatakan:
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah ï·º bersabda “Sesiapa yang membaca selawat seperti ini sebanyak lapan puluh kali sejurus selepas sembahyang Asar pada Hari Jumaat, sebelum bangun dari tempat sembahyangnya, akan diampunkan dosanya sebanyak 80 tahun dan diberikan pahala 80 tahun ibadah.
Allahumma Solli ‘Alaa Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi wa-’Alaa Aalehi wa-sallim Tasliyma.
[Al-Jami Al-Saghir; Allamah Sakhaawi RA dalam Al-Qawl al-Badee’; Imaam Daraqutni RA and Al Muassah al-Rayyan]
Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah ï·º bersabda, “Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku.
Para sahabat berkata: Ya Rasulallah, bagaimanakah selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi ï·º bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekelian Nabi. (Riwayat Abu Dawud dengan isnad sahih.)
Nabi Muhammad ï·º bersabda, “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) “. (Riwayat Al Baihaqi)
0 Comments